Terma dan Syarat Peraduan Cipta Momen Ibiza Anda

1. Peraduan

Peraduan Cipta Momen Ibiza Anda 2026 (Peraduan) akan bermula pada 6 Julai 2026, 00:01 pagi dan berakhir pada 3 Ogos 2026, 11:59 malam, kedua-dua tarikh tersebut termasuk sekali (Tempoh Peraduan).

2. Kelayakan

Peraduan ini merupakan aktiviti yang terbuka hanya kepada ahli Ploom Club yang mempunyai peranti berdaftar dan merupakan pengguna produk nikotin dan tembakau dewasa sedia ada. Peraduan ini tidak boleh disertai oleh mana-mana individu yang termasuk dalam kategori Individu Tidak Layak sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Fasal 2.

Bagi menyertai Peraduan ini, individu yang mengambil bahagian (Peserta) mestilah: 

  1. merupakan individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin secara sah di Malaysia; 
  2. bersetuju dengan Terma dan Syarat ini; dan 
  3. memenuhi syarat kelayakan di bawah Fasal 2.

3. Individu Tidak Layak

Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: 

  1. Individu yang bekerja dengan atau berkaitan dengan Penganjur, syarikat sekutu dan entiti berkaitan, termasuk ahli keluarga terdekat mereka (iaitu anak-anak, ibu bapa, adik-beradik dan pasangan) dalam apa-apa kapasiti sekalipun; 
  2. Wakil, pekerja atau ejen penyedia perkhidmatan penganjuran acara, pengurusan projek, pengiklanan atau perkhidmatan peraduan yang terlibat dengan Penganjur, termasuk syarikat sekutu dan syarikat berkaitan, serta ahli keluarga terdekat mereka (iaitu anak-anak, ibu bapa, adik-beradik dan pasangan);  
  3. Individu yang bekerja dengan syarikat pihak ketiga yang terlibat dalam penganjuran atau pelaksanaan Peraduan.  

4. Penganjur

Penganjur Peraduan ini ialah JT International Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat yang beralamat pejabat berdaftar di Tingkat 6, Menara Manulife, No. 6 Jalan Gelenggang, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

5. Mekanisme Peraduan

Setiap Peserta yang layak boleh menghantar berbilang penyertaan dalam Peraduan ini selaras dengan aktiviti berikut:

Aktiviti

Bilangan Penyertaan

1.

Setiap Rujukan Berjaya* sehingga tiga (3) orang rakan dewasa perokok menggunakan kod rujukan Ploom Club Peserta.

*"Rujukan Berjaya" bermaksud rujukan di mana individu yang dirujuk:

(a)merupakan pengguna produk nikotin atau tembakau dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin secara sah di Malaysia;
(b)bukan ahli Ploom Club sedia ada pada masa rujukan dibuat;
(c)mendaftar untuk Ploom Club menggunakan kod rujukan Peserta semasa Tempoh Peraduan;
(d)membeli peranti Ploom AURA dan mendaftarkan peranti yang dibeli ke akaun Ploom Club beliau semasa Tempoh Peraduan; dan
(e)disahkan oleh Penganjur sebagai pelanggan rujukan yang sah.

4

2.

Membeli satu (1) unit Ploom AURA Glacier White sehingga tiga (3) unit setiap Peserta dengan bukti pembelian yang sah dari Saluran Terpilih.

3

3.

Membeli satu (1) unit mana-mana Ploom AURA (tidak termasuk Glacier White) sehingga tiga (3) unit setiap Peserta dengan bukti pembelian yang sah dari Saluran Terpilih./tr>

4.

Pembelian mana-mana aksesori Ploom, termasuk Font Panel, Back Cover, Duo Carry Case, Stick Tray, Docking Station, Wall Adaptor, USB-C Cable atau Cleaning Stick, dengan bukti pembelian yang sah dari Saluran Terpilih. Setiap pembelian aksesori yang layak bersamaan dengan satu (1) penyertaan.

1

5.

Mana-mana pembelian mana-mana pakej berikut semasa Tawaran Julai 7.7 sahaja dengan bukti pembelian yang sah dari Saluran Terpilih:

(a) Satu (1) unit Ploom AURA Glacier White + mana-mana aksesori
(b) Satu (1) unit mana-mana Ploom AURA (tidak termasuk Glacier White) + mana-mana aksesori
(c) Semua aksesori Ploom sahaja



(a) 3
(b) 2

(c) 1

Saluran Terpilih adalah laman web Ploom (tidak termasuk pasaran pihak ketiga seperti Lazada dan Shopee), jualan bergerak dan kedai rakan kongsi sahaja. Setiap Peserta hanya boleh membeli sehingga tiga (3) unit peranti secara keseluruhan (tanpa mengira sama ada peranti tersebut ialah Ploom AURA Glacier White, Ploom AURA (tidak termasuk Glacier White) atau pakej Ploom AURA di bawah Aktiviti 5). Setiap Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyertaan beliau diterima tepat pada masanya dalam Tempoh Peraduan. Penyertaan yang dihantar sebelum atau selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima.

6. Pemilihan Pemenang

Semasa proses pemilihan pemenang (setiap seorang Pemenang dan secara kolektif Pemenang-Pemenang), Penganjur akan memperuntukkan nombor siri kepada setiap penyertaan yang sah yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan (setiap satu "Penyertaan Layak" dan secara kolektif "Penyertaan-Penyertaan Layak"). Satu set nombor siri akan diperuntukkan untuk Penyertaan-Penyertaan Layak bermula dari nombor siri "1". Nombor siri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun dan dijumlahkan untuk memperoleh jumlah keseluruhan Penyertaan Layak ("Jumlah Penyertaan Layak"). Dengan mengandaikan Jumlah Penyertaan Layak yang diterima ialah 2,888, Penganjur akan mengira dan memilih penyertaan yang disenaraipendekkan berdasarkan yang berikut:

  • Pemilihan 4 pemenang Hadiah Utama: 2,888 ÷ 4 = 722. 4 Peserta berikut dengan Penyertaan Layak yang diterima dan menanggung nombor siri berikut akan dipilih: 722*, 1,444*, 2,166* dan seterusnya (*contoh pengiraan: 722, 722+722= 1,444, 1,444+722=2,166) 
  • Pemilihan 150 pemenang Hadiah Saguhati: Penyertaan yang sah milik 150 Peserta unik yang pertama tidak termasuk 4 Pemenang Hadiah Utama.

Bagi mengelakkan keraguan, keputusan Penganjur berhubung semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan, termasuk kelayakan, pengesahan penyertaan, pemilihan pemenang, peruntukan hadiah dan penyingkiran, adalah muktamad dan terikat. Tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta, membatalkan mana-mana penyertaan atau menahan Hadiah sekiranya Penganjur mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki penipuan, penyalahgunaan, manipulasi, akaun pendua, maklumat palsu, bukti pembelian yang telah diusik, penggunaan kod rujukan tanpa kebenaran, atau sebarang tindakan yang menjejaskan keadilan atau integriti Peraduan. 

7. Pemberitahuan, Pengesahan and Hubungan dengan Pemenang

Pemenang-Pemenang akan diberitahu secara bertulis melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tamatnya Tempoh Peraduan. Pemenang-Pemenang akan diberikan 3 hari untuk membalas Penganjur dan menerima hadiah Peraduan. Sekiranya tidak berbuat demikian, hadiah tersebut akan dilucuthakkan dan mungkin akan diberikan kepada pemenang pengganti. Peserta bertanggungjawab untuk menyemak penapis spam bagi memastikan penerimaan pemberitahuan hadiah. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang hadiah yang dituntut lewat disebabkan pemberitahuan hadiah yang terlepas pandang atau tidak dibaca atas sebarang sebab. Pemenang mungkin diminta untuk memberikan Penganjur maklumat tambahan (termasuk namun tidak terhad kepada data peribadi Pemenang) dan menandatangani sebarang dokumen yang difikirkan perlu oleh Penganjur bagi membolehkan Pemenang tersebut menuntut Hadiah.

8. Hadiah

Hadiah Peraduan terdiri daripada yang berikut:

  • 4x Hadiah Utama: Percutian untuk Pemenang dan seorang tetamu yang ditetapkan oleh Pemenang (Tetamu) ke Cipta Momen Ibiza Anda 2026, di mana Ploom mengambil bahagian, di Ibiza, Sepanyol (Acara), termasuk perkara-perkara berikut:

    (1)Satu tiket penerbangan pergi-balik untuk setiap Pemenang dan Tetamu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Ibiza (IBZ); dan (2)Penginapan di Ibiza, Sepanyol untuk Pemenang dan Tetamu selama 4 malam semasa Acara dari 4 September 2026 hingga 8 September 2026.

    * Hadiah Utama tidak termasuk sebarang pengangkutan ke KLIA, sebarang perkara yang tidak tersenarai dalam itinerari (seperti makanan, aktiviti pilihan dan pengangkutan), perbelanjaan lapangan terbang/transit/dalam penerbangan, perkhidmatan perayauan/data mudah alih, insurans perjalanan, caj pasport, cukai lapangan terbang berlebihan daripada tiket penerbangan, bagasi berlebihan, katil tambahan, dan sebarang kos lain yang ditanggung akibat penyelewengan daripada itinerari Acara atas permintaan Pemenang.
  • 150x Hadiah Saguhati: Front Panel Ploom AURA Edisi Terhad Ushuaïa dengan pilihan reka bentuk rawak

Setiap satu Hadiah, bersama Hadiah-Hadiah. Bagi mengelakkan keraguan, seorang Pemenang hanya boleh memenangi satu Hadiah sahaja.  

Hadiah-Hadiah adalah tertakluk kepada penerimaan Pemenang untuk hadir ke pengaktifan Ploom (Pengaktifan Ploom) semasa Acara.  

Tetamu mestilah berumur had undang-undang di bawah undang-undang Malaysia, namun dalam apa jua keadaan, sekurang-kurangnya berumur 18 tahun. Tetamu juga mestilah bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, sebagaimana yang terpakai. Sekiranya Tetamu bukan pengguna produk nikotin dan tembakau dewasa sedia ada, Tetamu tidak boleh mengambil bahagian dalam Pengaktifan Ploom atau mana-mana aktiviti berjenama produk nikotin dan tembakau yang dianjurkan oleh Penganjur semasa Acara.  

Peraturan tentang penerbangan dan penginapan:  

(1)Penerbangan dan penginapan akan ditempah oleh Penganjur atau pihak ketiga yang ditetapkan oleh Penganjur. (2)Bilik hotel telah dibayar terlebih dahulu dan sarapan pagi akan disertakan di hotel. Pemenang dan Tetamu bertanggungjawab untuk membayar sebarang kos tambahan (termasuk namun tidak terhad kepada makanan, minuman, minibar, hiburan dalam bilik, internet, panggilan telefon dan barangan spa) yang dicaj ke bilik mereka semasa menginap di hotel. Hotel mungkin akan mengambil salinan mana-mana kad debit atau kredit yang sah milik Pemenang dan/atau Tetamu semasa daftar masuk untuk tujuan ini dan hotel mungkin menolak daftar masuk sekiranya kad debit atau kredit yang sah tidak disediakan pada masa daftar masuk. (3)Penganjur mempunyai budi bicara penuh ke atas butiran lanjut pilihan penerbangan dan penginapan (termasuk, tanpa had, tarikh tertentu, pilihan penerbangan, jenis bilik, dan urusan lain). (4)Penerimaan Hadiah Utama mungkin tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, tempat, penganjur acara, ejen pelancongan dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berkenaan.

9. Sekatan Hadiah

Kesemua Hadiah tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Hadiah-Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan (termasuk, tanpa had, penerbangan dan penginapan yang tersedia).

10. Pelucuthakan Hadiah

Hadiah-Hadiah akan dilucuthakkan dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain, mahupun menimbulkan sebarang tuntutan lanjut terhadap Penganjur, sekiranya Pemenang dan/atau Tetamu (i) memberikan data peribadi yang tidak tepat, (ii) gagal memberikan persetujuan yang diperlukan, (iii) gagal bersetuju untuk menghadiri Acara atau Pengaktifan Ploom, atau (iv) tidak dapat menerima Hadiah-Hadiah atas sebarang sebab yang tidak boleh dikaitkan dengan Penganjur (termasuk, tanpa had, sekatan visa), yang mengakibatkan kegagalan untuk menganugerahkan Hadiah-Hadiah. Bagi mengelakkan keraguan, sekiranya kegagalan sedemikian berlaku berkenaan dengan Pemenang atau Tetamu, keseluruhan Hadiah-Hadiah akan dilucuthakkan. Dalam kejadian sedemikian, Penganjur mempunyai budi bicara untuk memilih Pemenang lain bagi Hadiah tersebut. Penganjur berhak untuk menuntut sebarang kos yang tidak boleh dikembalikan yang ditanggung oleh Penganjur akibat pelucuthakan hadiah. Pemenang dan Tetamu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus sebarang visa yang diperlukan bagi kemasukan ke Sepanyol.

11. Privasi

Kesemua Peserta, Pemenang, dan Tetamu mengakui bahawa Penganjur atau pihak ketiga yang ditetapkan oleh Penganjur akan menggunakan data peribadi mereka semata-mata bagi tujuan pelaksanaan Peraduan dan Hadiah sahaja. Kesemua Peserta, Pemenang, dan Tetamu memahami bahawa mereka boleh menarik diri daripada Peraduan pada bila-bila masa dan dalam keadaan sedemikian, mereka tidak lagi layak untuk menyertai Peraduan atau memenangi Hadiah. Pemenang membuat representasi dan menjamin bahawa Tetamu beliau adalah seorang dewasa dan telah bersetuju untuk dihubungi oleh Penganjur bagi tujuan pelaksanaan Hadiah.

12. Penerbitan

Pemenang dengan nyata memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menyiarkan, menyebarkan, atau mendedahkan nama, watak, rupa, kenyataan, atau gambar beliau bagi tujuan pengiklanan, editorial, promosi, pemasaran, perdagangan dan/atau tujuan lain tanpa sebarang pampasan atau notis lanjut. Pemenang juga memahami dan bersetuju bahawa Penganjur boleh berkongsi maklumat hubungan beliau dengan pihak ketiga bagi memudahkan pemindahan, penganugerahan, penghantaran atau pemenuhan sebarang Hadiah yang disebutkan di atas. Pemenang juga bersetuju untuk difilemkan atau ditemubual oleh Penganjur atau pihak ketiga yang ditetapkan oleh Penganjur berkaitan dengan Peraduan dan/atau Acara.

13. Penyingkiran

Kesemua Peserta, Pemenang, dan Tetamu mengakui bahawa kepentingan dan reputasi baik Penganjur adalah amat penting. Kesemua Peserta, Pemenang dan Tetamu tidak boleh, melalui tindakan atau peninggalan, secara langsung atau tidak langsung menjejaskan reputasi Penganjur. Senjata, pisau tajam, dadah atau bahan terlarang tidak dibenarkan pada bila-bila masa semasa Acara. Penganjur berhak untuk menyingkirkan seorang Peserta daripada Peraduan, atau menarik balik Hadiah-Hadiah daripada seorang Pemenang dan/atau Tetamu dan mengecualikan Pemenang dan/atau Tetamu tersebut (dan Pemenang atau Tetamu yang menemani, mengikut keadaan) daripada Acara, sekiranya Peserta, Pemenang atau Tetamu tersebut:

(1)gagal mematuhi mana-mana obligasi penting di bawah Terma dan Syarat ini, (2)tersenarai dalam senarai sekatan yang dikenakan oleh mana-mana negara, (3)terlibat dalam aktiviti perniagaan yang bersaing dengan Penganjur, atau (4)didapati memiliki salah satu daripada barangan terlarang, atau berada di bawah pengaruh bahan terlarang, atau menunjukkan tingkah laku yang mengganggu, menyinggung perasaan, agresif atau berbahaya, pada bila-bila masa semasa Acara.

14. Pematuhan dan Tanggung Rugi

Kesemua Peserta, Pemenang dan Tetamu hendaklah mematuhi Terma dan Syarat ini. Peserta-Peserta hendaklah mematuhi semua undang-undang yang terpakai bagi Peraduan. Pemenang-Pemenang dan Tetamu-Tetamu hendaklah mematuhi semua undang-undang yang terpakai bagi Peraduan dan Hadiah-Hadiah, serta terma dan syarat yang terpakai bagi pihak-pihak yang terlibat dalam penyediaan Peraduan dan Hadiah-Hadiah (contohnya, polisi syarikat penerbangan dan hotel). Kesemua Peserta, Pemenang dan Tetamu hendaklah menanggung rugi dan membebaskan Penganjur, serta pemegang saham, pegawai, pengarah, pekerja, ejen dan wakil masing-masing, daripada sebarang dan semua liabiliti serta tuntutan yang timbul daripada, atau berkaitan dengan pelanggaran undang-undang yang terpakai, terma dan syarat mana-mana pembekal yang terpakai, dan Terma dan Syarat ini.

15. Kos dan Cukai

Kesemua Peserta, Pemenang dan Tetamu bertanggungjawab atas semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyertaan dalam Peraduan (termasuk, tanpa had, kos akses internet) atau penerimaan Hadiah-Hadiah (termasuk, tanpa had, kos visa). Hadiah-Hadiah mungkin dikenakan cukai atau duti di negara tempat Pemenang dan Tetamu bermastautin. Pemenang dan Tetamu bertanggungjawab untuk menanggung semua pembayaran, cukai dan duti tersebut. Sekiranya seorang Pemenang atau Tetamu enggan membayar cukai dan duti yang berkaitan, Hadiah-Hadiah akan dilucuthakkan dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain, mahupun menimbulkan sebarang tuntutan lanjut terhadap Penganjur.

16. Insurans dan Liabiti

 Pemenang dan Tetamu bertanggungjawab untuk mengatur insurans mereka sendiri berkaitan dengan penerimaan Hadiah-Hadiah dan barangan berharga yang mereka bawa ke Acara. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan atau pembatalan penerbangan dan/atau penginapan yang telah dianugerahkan atas sebarang sebab yang tidak boleh dikaitkan dengan Penganjur, mahupun atas sebarang liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan dalam Peraduan atau penerimaan Hadiah-Hadiah. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini yang boleh mengehadkan liabiliti Penganjur bagi kematian, kecederaan diri, pelanggaran obligasi kontraktual penting, atau kerosakan yang berpunca daripada salah laku yang disengajakan atau kecuaian besar Penganjur. Sekiranya berlaku pelanggaran obligasi kontraktual penting yang disebabkan oleh kecuaian mudah, liabiliti Penganjur hendaklah dihadkan kepada kerosakan yang boleh dijangkakan yang lazim bagi jenis perjanjian ini.

17. Pengubahsuaian atau Penamatan Peraduan

Sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan munasabah Penganjur, Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk melaksanakan obligasinya di bawah Terma dan Syarat ini. Keadaan sedemikian termasuk, tanpa had, keadaan cuaca, kebakaran, banjir, taufan, mogok, pertikaian industri, peperangan, permusuhan, kegelisahan politik, rusuhan, huru-hara awam, perundangan yang timbul kemudian, kegagalan teknikal (termasuk virus komputer, manipulasi, atau ralat dalam perisian atau perkakasan), atau sebarang kejadian lain yang merupakan force majeure. Dalam keadaan sedemikian, atau apabila pelaksanaan Peraduan yang wajar atau penganugerahan Hadiah-Hadiah tidak dapat dipastikan atas sebab teknikal atau undang-undang, Penganjur berhak, pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu, untuk mengubah suai, menggantung atau menamatkan Peraduan atau penganugerahan Hadiah-Hadiah, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya. Penganjur akan berusaha untuk meminimumkan impak ke atas Peserta-Peserta bagi mengelakkan kekecewaan yang berlebihan.

18. Keterpisahan

Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang sebab, peruntukan tersebut hendaklah disesuaikan dan bukannya dibatalkan, sekiranya boleh, bagi mencapai niat pihak-pihak yang terlibat setakat yang mungkin. Dalam apa jua keadaan, semua peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini hendaklah kekal sah dan boleh dikuatkuasakan setakat yang mungkin.

19. Hubungi Penganjur

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Peraduan ini, sila hubungi pasukan Ploom Care kami di 1800 228 338 atau melalui borang Hubungi Kami.

20. Undang-undang yang Mentadbir

Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbir oleh undang-undang Malaysia.