Mula menggunakan Ploom AURA
Ploom AURA direka dengan mengutamakan kemudahan. Terokai betapa mudahnya untuk mula mengguna dan memperibadikan pengalaman anda dengan panduan Ploom AURA kami.
Cara Menggunakan Ploom: Langkah Demi Langkah
Buka kotak Ploom baharu anda dan ikuti panduan langkah demi langkah kami untuk penggunaan yang mudah dan lancar. Jangan lupa, jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh menghubungi Ploom Care Team dengan hanya satu klik.
Buka kotak dan mula gunakan Ploom anda
Kenali peranti baharu anda dan rasai pengalaman yang lancar dari sesi pertama. Tutorial video kami akan menerangkan semua yang anda perlu tahu.
Ikuti video dan langkah-langkah di bawah untuk memulakan pengalaman Ploom anda.
1- Caskan peranti anda sepenuhnya
2- Luncurkan penutup untuk buka.
3- Masukkan isian semula tembakau dengan bahagian CleanSeal menghadap ke bawah.
4- Peranti akan muka dipanaskan secara automatik; ia mengambil masa kira-kira 25 saat dalam mod pemanasan 'Default'.
5- Sebaik sahaja anda teras dua getaran, peranti anda sedia untuk digunakan.
Sesuaikan pengalaman Ploom anda
Sesuaikan sesi penggunaan mengikut cita rasa anda untuk pengalaman yang tersendiri. Terokai rangkaian isian semula kami untuk mencari perisa yang digemari dan sesuaikan tempoh dan tahap keamatan sesi anda dengan Aplikasi Ploom.
Tingkatkan pengalaman anda dengan Aplikasi Ploom
Pilih mod pemanasan, jejak Ploom anda, pantau tahap bateri, berhubung dengan khidmat sokongan, dan akses Ploom Club.
Dapatkan aplikasi iOS
Mula menggunakan Aplikasi Ploom di iOS untuk pilihan pemperibadian yang lancar.
Dapatkan aplikasi Android
Muat turun Aplikasi Ploom untuk Android dan nikmati pengalaman Ploom yang lebih disesuaikan.
Cara untuk memadankan peranti anda
Lihat video panduan kami untuk menyambung peranti anda dengan Aplikasi Ploom
Dapatkan bantuan jika anda memerlukannya
Ada soalan atau perlukan bantuan? Hubungi Ploom Care Team yang sedia membantu anda.
Manual Pengguna Ploom AURA
Muat turun manual dan arahan pengguna dalam versi PDF
Spesifikasi Ploom AURA
Baca spesifikasi dan ciri-ciri Ploom AURA
Soalan tentang Ploom AURA
Ploom AURA baharu anda akan tiba dengan ditetapkan kepada Mod Penghantaran. Untuk keluar dari Mod Penghantaran, anda perlu mengecasnya buat sementara dengan menyambungkan kabel USB-C ke peranti anda.
Anda boleh mengecas peranti selama beberapa minit sahaja dan mula menggunakannya dengan serta-merta. Sebaliknya, jika anda ingin mengecas peranti sepenuhnya, biarkan ia bersambung sehingga garis LED berkelip sepuluh kali dan bergetar serentak.
Sepuluh kelipan lampu LED hanya akan berlaku apabila anda keluar dari Mod Penghantaran. Selepas ini, setiap kali anda mengecas peranti anda, lampu LED akan berkelip dua kali dan kemudian dimatikan untuk menandakan bateri telah dicas sepenuhnya.
- Sambungkan peranti anda ke kabel USB-C.
- Semasa mengecas, garis LED akan berkelip sehingga AURA anda dicas sepenuhnya.
- Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, garis LED akan berkelip dua kali dan kemudian dimatikan.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
- Anda tidak boleh menggunakan Ploom anda semasa ia sedang dicas.
- Semasa mengecas, fungsi status bateri akan dinyahaktifkan. Ia akan diaktifkan semula setelah peranti anda selesai mengecas.
- Anda boleh mengecas AURA anda dengan peluncur terbuka atau tertutup.
- Kami mengesyorkan anda menggunakan kabel USB-C Ploom yang khusus semasa mengecas Ploom anda.
- Tonton video kami untuk demonstrasi ringkas.
Ploom AURA anda hadir dengan teknologi CleanSeal yang inovatif. Penghadang yang canggih untuk memberikan pengalaman Ploom yang lebih bersih dengan menghalang sisa tembakau daripada termasuk ke dalam peranti anda.
Walau bagaimanapun, peranti anda masih akan mengumpulkan sedikit habuk dan kotoran. Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda membersihkannya sebulan sekali atau apabila ruang pemanasan terasa terlalu ketat untuk memasukkan isian semula dengan sempurna. Cleaning Stick Ploom adalah aksesori yang sesuai untuk membantu anda dalam hal ini. Begini caranya:
- Tanggalkan Front Panel.
- Basahkan sedikit Cleaning Stick dengan air.
- Dengan peluncur terbuka, masukkan Cleaning Stick ke dalam ruang pemanas dan gosok permukaan dalam dengan lembut. Beri perhatian kepada kawasan di sekeliling peluncur dan dua bahagian yang menonjol ke bawah dari pinggir atas ruang pemanas.
- Keluarkan baki lembapan daripada ruang pemanas dan pasang semula Front Panel.
- Mulakan sesi tanpa memasukkan isian semula.
Menetapkan semula Ploom AURA Ploom adalah mudah.
- Tanggalkan Front Panel.
- Tekan butang perlahan-lahan selama lima saat dengan objek runcing seperti pen mata bola.
- Garis LED akan berkelip dengan pantas sebanyak 10 kali dan peranti akan bergetar. Ploom AURA anda kembali kepada tetapan asalnya dan bersedia untuk digunakan lagi!
NOTA: Jika titik LED merah menyala selama lima saat, ini menandakan bahawa kegagalan kekal telah berlaku. Jika ini terjadi, hasil yang sama akan diperolehi apabila anda menyambungkan kabel USB-C. Kegagalan kekal tidak boleh dibetulkan dengan menetapkan semula peranti.
Apabila sesi anda hampir tamat, garis LED akan memulakan kiraan detik dan bergerak ke bawah. Getaran pendek akan mengisyaratkan anda mempunyai 20 saat lagi dan garis LED akan mula berkelip.
Setelah sesi anda berakhir, peranti Ploom anda akan memberi isyarat getaran yang panjang. Keluarkan isian semula yang terpakai dengan berhati-hati, tutup peluncur dan biarkan isian semula menyejuk sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Sila ikuti peraturan pelupusan di lokasi anda. Garis LED akan menunjukkan tahap bateri.
Untuk memulakan sesi baharu, hanya masukkan isian semula baharu ke dalam peranti anda. Peranti Ploom anda membolehkan sesi berturut-turut sebelum tempoh penyejukan yang singkat diperlukan.
Setiap isian semula bertahan selama satu sesi dan tidak boleh diguna semula.
Tempoh satu sesi adalah berbeza bergantung pada tetapan mod pemanasan Ploom AURA yang boleh dilaraskan mengikut pilihan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila lihat bahagian “Berapa lamakah tempoh satu sesi Ploom AURA?”.
Dalam setiap sesi, anda boleh menikmati sedutan tanpa had dan anda juga boleh menikmati tiga sesi secara berturut-turut sebelum anda dinasihatkan untuk berehat sebentar bagi menyejukkan peranti dan mengelakkan peranti menjadi terlalu panas [1].
Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut.
[1] ≥20 isian semula dalam suhu persekitaran 25° C. Bilangan isian semula bagi setiap cas adalah berbeza bergantung pada profil pemanasan, kemerosotan bateri dan keadaan penggunaan sebenar.


