Pengalaman Ploom yang lebih bijak, hanya dengan satu sentuhan.
Peribadikan pengalaman anda
Mod-mod pemanasan, tempoh sesi dan tahap keamatan yang berbeza untuk Ploom anda.
Jejaki lokasi peranti anda
Jejak dan tentukan lokasi peranti anda dengan mudah menggunakan ciri Device Radar.
Kawal dengan pintar
Kawalan bateri, konfigurasi tetapan dan keselamatan peranti sekilas pandang.
Dapatkannya untuk iOS
Cara MengaksesMuat turun aplikasi pelayar Bluefy
Muat turun pelayar web BLE Bluefy dari App Store dan pasangkannya pada telefon bimbit anda. Kemudian, layari semula halaman ini (atau salin URL halaman untuk mengaksesnya semula) untuk ke Langkah 2.
Akses aplikasi web iOS Ploom*
Setelah Bluefy dipasang, klik butang di bawah untuk mengakses aplikasi. Jika pautan tersebut tidak berfungsi, anda boleh menyalin URL ini app.ploom.com & masukkannya ke dalam bar navigasi Bluefy.
Padankan peranti Ploom AURA anda
Log masuk dengan butiran anda atau daftar akaun untuk memadankan peranti. Tonton video kami atau baca Soalan Lazim untuk mendapatkan arahan terperinci.
Muat turun untuk Android
Cara MemasangMuat turun & pasang aplikasi
Muat turun dan pasang Apllikasi Pendamping Ploom AURA daripada Google Play Store.
Padankan peranti Ploom AURA anda
Log masuk dengan butiran anda atau daftar akaun untuk memadankan peranti. Tonton video kami atau baca Soalan Lazim untuk mendapatkan arahan terperinci.
Tonton cara untuk memadankan peranti anda
Peranti Ploom AURA yang tersambung
Dengan satu peranti yang ringkas, intuitif dan mudah digunakan, Ploom AURA menyampaikan pengalaman Ploom yang terbaik dan bergaya untuk penggunaan yang lancar setiap masa.
Bersama anda sepanjang masa
Pakar Ploom Care kami boleh membantu anda memanfaatkan sepenuhnya Aplikasi Pendamping Ploom AURA dengan sokongan masa nyata langsung dan panduan peribadi untuk pengalaman Ploom yang terbaik.
Soalan Lazim Aplikasi Ploom
Kawal peranti Ploom AURA dengan pintar.
- Mod Pemanasan: Sesuaikan pengalaman Ploom anda dengan mod pemanasan, keamatan dan tempoh sesi yang berbeza mengikut pilihan anda.
- Device Radar: Jejak Ploom AURA anda dengan mengenal pasti lokasi terakhirnya dan mengesannya apabila ia berada berdekatan, supaya ia sentiasa mudah dijejaki.
- Maklumat Status: Semak tahap bateri dan prestasi peranti dalam masa nyata, supaya anda sentiasa mendapat makluman terkini.
- Kemas Kini Lancar - Peranti anda dikemas kini dan selamat dengan kemas kini perisian automatik.
- Program Ganjaran - Sertai Ploom Club dan dapatkan mata dengan program ganjaran eksklusif kami.
Mula dengan mudah — cuma padankan peranti anda dengan aplikasi dan mula meneroka.
Muat turun Aplikasi Pendamping Ploom AURA sekarang.
Tersedia di:
- Google Play Store – untuk peranti Android
- iOS melalui pelayar web BLE Bluefy (negara bukan EU sahaja) – akses versi aplikasi web melalui pelayar Bluefy.
Anda boleh memuat turun aplikasi terus daripada Google Play Store. Cuma cari "Ploom" atau muat turun aplikasi Ploom melalui pautan ini, tekan Pasang dan ikut arahan pada skrin.
Setelah dipasang, buka aplikasi dan padankan peranti Ploom AURA anda untuk mula meneroka ciri-ciri aplikasi.
Buat masa ini, aplikasi Ploom tersedia untuk peranti iOS melalui apllikasi versi web.
- Muat turun pelayar web BLE Bluefy dari App Store dengan mencari "Bluefy" atau muat turun pelayar di sini.
- Setelah dipasang, buka Bluefy dan layari app.ploom.com untuk mengakses aplikasi web Ploom.
- Ikuti arahan pada skrin untuk menyambung dan memadankan peranti Ploom anda.
Ya, aplikasi Ploom adalah percuma untuk dimuat turun dan dipasang. Semua ciri-ciri tersedia boleh digunakan tanpa sebarang bayaran.
Untuk log masuk, anda perlu mempunyai akaun Ploom sedia ada.
Belum mempunyai akaun? Daftar di laman web Ploom di sini.
Untuk memadankan peranti Ploom AURA dengan telefon anda, aktifkan Bluetooth pada telefon anda dan buka Aplikasi Pendamping Ploom AURA. Daftar atau log masuk, kemudian ikuti arahan pada skrin. Untuk menambah peranti lain, tekan “ikon +” pada skrin Utama di sebelah peranti anda.
Setelah disambungkan, peranti anda sedia untuk digunakan pada aplikasi.
Perlukan bantuan lagi? Tonton video cara pemadanan peranti kami.
Jika anda menghadapi masalah dengan aplikasi Ploom atau peranti anda, kami sedia membantu.
Hubungi pakar Ploom Care kami untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan bimbingan. Kami berbesar hati menerima sebarang pertanyaan daripada anda.
Cara untuk menghubungi kami:
Telefon: [1800 228 338]
Sembang Secara Langsung: Klik pada ikon Sembang Langsung di sudut kanan bahagian bawah skrin.
Borang hubungan: Layari pautan Hubungi Kami [https://www.ploom.my/ms/sokongan/hubungi-kami]
Waktu buka: 9 pagi - 6 petang (termasuk cuti umum)
Kami sentiasa bersama anda untuk memastikan setiap saat bersama Ploom sentiasa menakjubkan.
*Aplikasi ini terletak pada bahagian pelayar web anda, sesuai untuk iOS. Sambungan Bluetooth memerlukan pelayar Bluetooth Bluefy yang boleh dimuat turun di App Store.
Tanda perkataan dan logo Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda tersebut oleh JT International SA adalah di bawah lesen.


