Ploom AURA – sesi moden yang lancar
Nikmati pengalaman yang lancar dan konsisten dari sedutan pertama hingga terakhir dengan Ploom AURA, peranti baharu kami yang lebih ramping, lebih lancar dan lebih pintar.
Ploom AURA – reka bentuk yang memudahkan
Selesa dipegang, permukaan Ploom AURA diperbuat daripada bahan premium dengan bingkai kemasan satin yang selesa digenggam dan bahagian depan yang reflektif. Tahan lasak untuk cabaran hidup moden, ia juga direka dengan bentuk yang padat dan mudah dibawa ke mana-mana.
Garisan alam semula jadi mengilhamkan bentuk Ploom AURA. Sesuai di dalam tapak tangan, poket atau dompet anda, ia disediakan dalam empat warna berseri: Jet Black, Lunar Silver, Rose Gold, dan Navy Blue.
Rangsangan untuk deria
Sedutan tanpa had sehingga lima minit setiap sesi* adalah janji Ploom AURA. Alami sensasi lancar dari membuka peluncur hingga memasukkan isian semula kegemaran anda. Ploom AURA bersedia untuk menyampaikan nota dan aroma yang lembut dalam masa 25 saat sahaja.
Pek bateri Ploom AURA yang berkuasa memastikan peranti ‘sentiasa bersedia’ sepanjang hari dengan cas penuh. Nikmati rasa yang konsisten dan detik bermakna di hujung jari anda dengan Ploom AURA."
Selamat tinggal bau asap dengan Teknologi Smart HeatFlow
Terkandung di dalam Ploom AURA adalah teknologi Smart HeatFlow yang memanaskan isian semula ke suhu optimum. Ia tidak meninggalkan bau asap yang berlarutan di udara atau pada rambut, pakaian dan nafas anda. Dengan memanas dan bukan membakar, Ploom AURA menghasilkan tahap bahan berbahaya secara keseluruhan yang lebih rendah berbanding asap rokok.** Prihatin terhadap orang sekeliling dan sesuai untuk penggunaan dalaman, Ploom AURA membolehkan anda untuk kekal terhubung dengan rutin harian, rakan-rakan, mahupun rakan sekerja anda.***"
Pengalaman Ploom, cara anda
Ploom AURA meletakkan kawalan di tapak tangan anda. Melalui sambungan Bluetooth dan Aplikasi Ploom baharu, anda boleh menyesuaikan keamatan sesi Ploom AURA anda dengan cita rasa anda.
Serlahkan gaya diri anda dengan Ploom AURA
Memperibadikan Ploom AURA bukan sekadar membuat tetapan dalam Aplikasi Ploom. Apakah gaya anda - berani dan yakin, mudah dan elegan, berseri dan bersemangat, bergaya dan moden? Dengan aksesori seperti panel yang boleh ditukar ganti, anda bebas menentukan penampilan peranti anda. Dan ketika dalam perjalanan, dapatkan bekas peralatan Ploom AURA dalam pelbagai warna untuk terus menikmati Ploom di hujung jari anda.
Terokai bagaimana Ploom AURA menawarkan lebih lagi
Selesa disentuh, ergonomik dan intuitif untuk digunakan, Ploom AURA menawarkan lebih gaya, lebih konsistensi dan cara yang lebih bertimbang rasa untuk menikmati sesi anda.
Ploom AURA - sesi lancar yang diperhebat.
*25 saat untuk semua mod pemanasan kecuali ""Intense"" (30s)
**Pengguna produk nikotin dewasa.


