PLOOM DESIGN HOUSE
May 09, 2025
Artis mural dari Malaysia, Kenji Chai, menyertai barisan artis antarabangsa yang berkolaborasi bersama Ploom untuk Milan Design Week 2025. Pernah dinobatkan sebagai ‘Man of the Year’ oleh Augustman kerana sumbangannya dalam seni jalanan dan budaya, karya Chai kebiasaannya dipamerkan di kanvas bandar berskala besar.
Untuk acara kali ini, Chai menyalurkan etos reka bentuknya dalam mencipta salah satu daripada enam panel hadapan edisi khas untuk Ploom X Advanced, yang menjadi tumpuan utama dalam pengalaman imersif Ploom di Milan Design Week 2025.
Kenji Chai dikenali dengan gaya seni jalanannya yang berwarna-warni dan penuh karakter, serta sering menampilkan watak ikonik ciptaannya, Chaigo—seekor anjing terbiar biru terang yang melambangkan ketabahan dan kelangsungan hidup, dua tema utama dalam perjalanan seninya. Gaya Chai yang ceria tetapi penuh makna ini mudah dikenali dan sering menggabungkan unsur alam semula jadi, identiti serta perkembangan diri. Muralnya menghidupkan landskap bandar biasa menjadi simbol ketahanan dan harapan.
Apabila ditanya mengenai maksud sensorialiti bagi dirinya, Chai menjawab: “Sensorialiti bagi saya, melibatkan semua deria untuk mencipta pengalaman yang mendalam dan imersif. Dalam seni saya, saya menggunakan warna-warna terang, perincian halus dan komposisi dinamik untuk membangkitkan emosi serta mencetuskan imaginasi.
“Ia bukan hanya tentang apa yang anda lihat—tetapi apa yang anda rasa apabila melihatnya.”
Karya seni panel hadapan edisi terhad Ploom X Advanced untuk MDW 2025 beliau diinspirasikan oleh konsep Yin dan Yang, yang melambangkan keseimbangan antara teknologi dan alam semula jadi. Ia juga mewakili Malaysia secara keseluruhan – di mana Semenanjung Malaysia melambangkan pemodenan pesat dan gaya hidup yang pantas, manakala Malaysia Timur mencerminkan keindahan semula jadi dan landskap tenang negara Malaysia.
Bagi menggambarkan keharmonian ini, Chai menyelitkan elemen-elemen seperti rama-rama separuh, orang utan, bunga Rafflesia, dan burung enggang yang tersembunyi di celah daun rekaan beliau. Semua elemen ini bersatu untuk menunjukkan kewujudan bersama antara kemajuan dan alam.
Chai menambah: “Untuk menyerlahkan lagi keseimbangan Yin-Yang, saya menggunakan gabungan tona perak, hitam dan putih bersama warna terang, memberikan kontras visual antara dua dunia ini. Berdekatan bahagian bawah, saya juga telah menyelitkan alter ego saya, Chaigo, untuk mewakili perjalanan saya dalam mengejar impian saya. Sebagai seseorang dari Malaysia Timur, Sandakan, Sabah, karya ini mencerminkan akar dan aspirasi saya, merapatkan kedua-dua dunia melalui seni.
Bagi Ploom, bekerjasama dengan artis-artis terpilih untuk meneroka sensoriality dan makna sebenar kenikmatan adalah konsep yang bertepatan untuk Milan Design Week 2025. Peranti tembakau berinovasi daripada Ploom membolehkan perokok dewasa menilai semula pengalaman mereka secara lebih bermakna, dengan risiko yang lebih rendah terhadap diri sendiri dan orang sekeliling*. (*Perbandingan vs. menghisap rokok. Berdasarkan ujian panel deria yang membandingkan keamatan bau asap rokok dan wap daripada sampel batang tembakau panas Ploom X Advanced.)
Chai turut berkongsi:
“Kenikmatan, bagi saya, adalah tentang kebebasan. Kebebasan untuk berkarya, untuk mengekspresikan diri, dan untuk berhubung dengan orang lain melalui seni. Ia adalah perasaan apabila melihat hasil visi kita menjadi nyata, dan tahu bahawa ia memberi makna kepada orang lain. Kenikmatan itu datang daripada proses, cabaran, dan kepuasan mencipta sesuatu yang bermakna.”
“Apa yang paling mengujakan saya tentang pameran ini ialah peluang untuk berkongsi seni saya & budaya seni Malaysia di pentas global. Milan adalah sebuah bandar yang penuh kreativiti, dan melihat hasil kerja saya dipamerkan bersama yang terbaik di dunia, ini benar-benar suatu penghormatan. Ia adalah detik kebanggaan bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk komuniti seni jalanan Malaysia.”
Dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan, Sabah, Chai sudah menanam minat dalam seni sejak kecil lagi. Beliau kemudian beralih daripada kerjaya dalam reka bentuk grafik kepada seni jalanan sepenuh masa. Diilhamkan oleh budaya urban dan penceritaan, mural-muralnya meninggalkan kesan mendalam di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Chai turut menunjukkan keupayaannya menggabungkan reka bentuk komersial dengan keaslian seni jalanan melalui kerjasama dengan beberapa jenama global terkemuka.
Chai menambah: “Tujuan saya sebagai artis adalah untuk memberi inspirasi, menyebarkan mesej positif, dan menghasilkan seni yang boleh diakses oleh semua. Visi Ploom selaras dengan ini dengan memperjuangkan kreativiti, keperibadian, dan pendekatan gaya hidup yang diperhalusi. Kami yakin pada melangkaui batasan dan mencipta pengalaman baharu—sebab itulah kolaborasi ini terbentuk secara organik.”
Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.
Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.