Syarat Jualan

Syarat Jualan berikut (“Syarat Jualan”) mentadbir rangka kerja dari segi undang-undang untuk pembelian rangkaian produk Ploom secara dalam talian, seperti yang ditakrifkan di bawah.


1. Pengenalan

1.1.  Berikut adalah Terma yang terpakai kepada pelanggan yang membeli rangkaian produk Ploom (“Anda”) daripada Swap sebagai penjual semula Produk yang sah melalui Ploom.my.

1.2.  JTI mengendalikan Ploom.my seperti yang diterangkan dengan lebih lanjut di bawah 3.1 (rujuk sebagai “JTI”).

1.3.  Penggunaan Ploom.my oleh Anda adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan JTI dan bagaimana maklumat peribadi Anda digunakan adalah tertakluk kepada Dasar Privasi JTI dan Dasar Privasi Swap. Sila baca dokumen-dokumen tersebut dengan teliti, kerana ia mengandungi terma-terma penting yang terpakai untuk Anda. Dengan menggunakan perkhidmatan atau membuka akaun (“Akaun Ploom”), Anda menandakan penerimaan yang tidak boleh ditarik balik terhadap terma-terma ini. Penggunaan perkhidmatan oleh Anda akan dianggap sebagai penerimaan yang tidak boleh ditarik balik terhadap Terma-terma ini dan terhadap sebarang pindaan yang berkaitan.

 

2. Pembentukan Kontrak

2.1.  Terma dan syarat sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan Terma-terma ini membentuk keseluruhan perjanjian di antara pihak. Swap boleh dari semasa ke semasa meminda atau mengemas kini terma dan syarat ini. Swap dengan secepat mungkin akan memperuntukkan kepada Anda terma dan syarat yang dipinda atau dikemas kini. Versi terkini terma dan syarat yang diberikan kepada Anda akan berkuatkuasa sebagai perjanjian yang terikat secara sah antara kedua-dua pihak sekiranya Anda terlibat secara berterusan dalam sebarang perjanjian, transaksi, urusan atau perkara yang terkandung di dalam versi terkini terma dan syarat ini.

 

3. Definisi

3.1.  Di dalam Terma-terma ini, melainkan sekiranya niat yang bertentangan jelas dinyatakan:

Wilayah Yang Dibenarkan bermaksud Malaysia.

Hari Berkerja bermaksud mana – mana hari tidak termasuk hujung minggu dan mana – mana cuti umum di dalam Wilayah ini.

Maklumat Rahsia berkaitan dengan sesuatu Pihak bermaksud mana – mana maklumat yang bersifat sulit:

a)     didedahkan atau disampaikan oleh Pihak yang Mendedahkan kepada Pihak Penerima; atau

b)     diketahui atau diakses oleh Pihak Penerima sepanjang Perjanjian ini

tetapi tidak termasuk mana – mana maklumat yang boleh dibuktikan oleh Pihak Penerima:

(i)     adalah atau menjadi umum di domain awam selain daripada melalui pelanggaran Perjanjian ini atau sebarang obligasi rahsia kepada Pihak yang mendedahkan.

(ii)    dibentuk oleh Pihak penerima secara bebas daripada pendedahan atau komunikasi oleh Pihak yang mendedahkan atau secara bebas daripada pengetahuan atau akses yang berlaku semasa Perjanjian ini; atau

(iii)   didedahkan atau disampaikan atau diketahui atau diakses oleh Pihak Penerima daripada pihak ketiga tanpa sebarang obligasi rahsia kepada Pihak yang mendedahkan berkenaan maklumat tersebut.

Force Majeure bermaksud sebarang kelewatan atau kegagalan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah sesebuah Pihak termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kejadian luar biasa (acts of God), bencana alam (termasuk gempa bumi, banjir, kebakaran, dan wabak), keganasan, peperangan, rusuhan atau kekacauan besar, sekatan bencana oleh kerajaan.

Hak Harta Intelek bermaksud paten, cap dagang, tanda perkhidmatan, hak (sama ada berdaftar atau tidak berdaftar) dalam reka bentuk, permohonan untuk mana-mana yang dinyatakan di atas, nama dagang atau nama perniagaan, hak cipta (termasuk hak dalam perisian komputer) dan hak topografi, ciptaan, pengetahuan teknikal (know-how), formula sulit dan proses-proses, senarai pembekal dan pelanggan serta pengetahuan dan maklumat proprietari lain, nama domain internet, hak yang melindungi nilai komersial dan reputasi, hak pangkalan data dan semua hak serta bentuk perlindungan yang serupa dengan mana-mana yang dinyatakan di atas atau yang mempunyai kesan yang setara di mana-mana sahaja di dunia serta semua hak di bawah lesen dan kebenaran berhubung dengan mana-mana hak dan bentuk perlindungan yang dinyatakan dalam takrif ini.

JTI bermaksud JT International Trading Sdn. Bhd. sebagai pengimport rangkaian Produk Ploom dan mengendalikan Ploom.my.

Ploom Care Team bermaksud pasukan sokongan perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web.

Produk bermaksud semua produk Ploom dan produk berkaitan yang dijual di Ploom.my.

Swap bermaksud Swap Logistics Distribution Sdn. Bhd. (Co. No: 200501010046 (687093-H)).

SST bermaksud Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Wilayah bermaksud Malaysia.

Laman Web bermaksud Ploom.my.

 

4. Interpretasi

4.1.  Dalam Perjanjian ini, kecuali jika niat yang bertentangan jelas dinyatakan:-

4.1.1. rujukan kepada Perjanjian ini atau instrumen lain termasuk sebarang pindaan atau penggantian kepada mana-mana satu daripadanya.

4.1.2. bentuk tunggal merangkumi bentuk jamak dan sebaliknya.

4.1.3. rujukan kepada seseorang merangkumi rujukan kepada pelaksana, pentadbir, pengganti, pengganti (termasuk individu yang mengambil alih melalui novasi) dan pemindah hak orang tersebut.

4.1.4. rujukan kepada suatu statut merangkumi semua peraturan yang dibuat di bawahnya serta pindaan, penyatuan, penggantian atau penggubalan semula mana-mana daripadanya;

4.1.5. jika suatu tempoh masa ditentukan dan bermula dari suatu hari tertentu atau hari sesuatu peristiwa sebenar, ia akan dikira tanpa mengambil kira hari tersebut;

4.1.6. apabila sesuatu ungkapan ditakrifkan, bentuk perkataan atau tatabahasa yang lain bagi ungkapan tersebut mempunyai maksud yang bersesuaian;

4.1.7. tajuk hanya untuk rujukan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini;

4.1.8. perkataan 'termasuk' dan 'termasuk dalam' bermaksud 'termasuk, tetapi tidak terhad kepada'; dan

4.1.9. Swap dan Anda secara kolektif dirujuk sebagai 'Pihak-Pihak' dan secara individu dirujuk sebagai 'Pihak'

4.2.  Tiada peraturan tafsiran yang akan diguna pakai dalam Perjanjian ini yang mentafsirkan bahasa yang samar atau tidak jelas sama ada memihak kepada atau menentang mana-mana Pihak disebabkan oleh peranan Pihak tersebut dalam merangka Perjanjian ini.

 

5. Produk

5.1.  Produk ini hanya ditujukan untuk perokok dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja dan dijual di Laman Web hanya kepada perokok dan pengguna vape berumur 18 tahun ke atas yang merupakan penduduk di Malaysia. Rangkaian Produk yang disenaraikan di Laman Web boleh diubah pada bila-bila masa atau ditarik balik secara tetap.

5.2.  Produk dan pembungkusannya mungkin berbeza sedikit daripada yang ditunjukkan dalam imej yang dipaparkan di Laman Web. Produk dan pembungkusan juga mungkin berbeza daripada imej di Laman Web untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia serta untuk melaksanakan pelarasan teknikal dan penambahbaikan pada Produk dan pembungkusan.

 

6. Cara untuk membuat pesanan

6.1.      Dengan membeli Produk melalui Laman Web, Anda memberi jaminan kepada kami bahawa:

6.1.1. Anda membeli Produk tersebut untuk penggunaan peribadi Anda dan bukan untuk tujuan perniagaan atau komersial (termasuk untuk dijual atau dijual semula).

6.1.2. Anda berumur lapan belas (18) tahun ke atas; dan

6.1.3. Anda berkelayakan secara sah mengikut undang - undang untuk memasuki kontrak yang terikat.

6.2.      Setelah umur Anda disahkan semasa melayari Laman Web, pesanan dibuat dengan mudah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

6.2.1. Cipta Akaun Ploom: Pembelian sebagai tetamu tidak dibenarkan. Anda perlu mencipta Akaun Ploom untuk membuat pesanan. Klik 'cipta akaun' dan ikut arahan yang diberikan. Anda dikehendaki memberikan maklumat peribadi seperti:

a)   Nama;

b)   Alamat emel;

c)    Tarikh lahir;

d)   Alamat penghantaran;

e)   No telefon;

6.2.2. Memesan secara dalam talian: Pilih Produk yang Anda ingin beli di Laman Web, dengan mengklik 'Beli sekarang' > 'Tambah ke troli' > 'Semak Keluar' dan masukkan butiran pembayaran Anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah di skrin. Mengklik 'Teruskan' di halaman 'kaedah pembayaran' akan melengkapkan pesanan Anda. Jika Anda ingin memesan lebih daripada satu Produk, cukup klik 'Teruskan Membeli' dan tambah Produk tambahan ke dalam troli Anda sebelum mengklik 'Semak Keluar'.

6.3.      Penyiapan pesanan Anda sentiasa tertakluk kepada adanya Produk dan lain-lain. Penerimaan pesanan Anda oleh Swap akan berlaku setelah pengesahan pembayaran dibuat melalui gerbang pembayaran dalam talian yang dilantik.

6.4.      Mulai dari detik ini, pesanan Anda tidak lagi boleh dibatalkan.

6.5.      Jika Anda ingin membuat perubahan kepada butiran pesanan Anda seperti alamat penghantaran, sila hubungi Ploom Care Team di 1800 228 338 secepat mungkin. Tiada perubahan boleh dibuat selepas pesanan Anda dihantar.

6.6.      Nombor pesanan akan ditetapkan kepada pesanan Anda dan akan disertakan dalam emel pengesahan pesanan. Sila nyatakan nombor pesanan setiap kali Anda menghubungi Ploom Care Team mengenai pesanan Anda.

6.7.      Jika Swap tidak dapat menerima pesanan Anda, Anda akan dimaklumkan mengenainya dan Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk Produk tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh Produk yang tidak lagi tersedia, kehabisan stok, kerana Anda gagal dalam proses pengesahan umur, melebihi nilai pesanan maksimum, kerana terdapat ralat dalam harga atau deskripsi Produk, atau kerana Swap tidak dapat memenuhi pesanan berdasarkan permintaan yang dibuat oleh Anda seperti tarikh dan tempat penghantaran.

6.8.      harga Produk dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan termasuk cukai seperti SST. Jika kadar cukai berubah antara tarikh pesanan Anda dan tarikh penghantaran, Swap akan mengubah jumlah cukai yang Anda bayar, kecuali jika Anda telah membayar sepenuhnya untuk Produk sebelum perubahan cukai berkuatkuasa.

6.9.      Nilai pesanan maksimum. Swap berhak untuk menolak pesanan melebihi MYR 500.

 

7. Pembayaran

7.1.      Swap menggunakan iPay88 sebagai gerbang pembayaran atas talian yang dilantik (“Gerbang Pembayaran”) yang menyokong pembayaran melalui kad kredit, perbankan dalam talian, e-dompet dan pemindahan bank. Oleh itu, Anda boleh memilih kaedah pembayaran yang sesuai semasa membuat pembelian.

7.2.      Semasa semak keluar, Anda boleh memilih kaedah pembayaran yang sesuai untuk pembelian Anda.

7.3.      Pembayaran dianggap berjaya setelah Anda menerima makluman notifikasi mengenainya.

 

8. Penghantaran

8.1.      Kos penghantaran akan dipaparkan kepada Anda semasa proses semak keluar seperti berikut:

8.1.1.         Percuma jika pesanan Anda adalah MYR 50 atau lebih (selepas penggunaan sebarang kod promo dan diskaun termasuk penebusan mata Ploom).

8.1.2.         MYR 8.65 (termasuk SST) jika pesanan Anda kurang daripada MYR 50 (selepas penggunaan sebarang kod promo dan diskaun termasuk penebusan mata Ploom).

8.2.      Untuk mendapatkan maklumat penghantaran Anda, log masuk ke Akaun Ploom dan ia boleh didapati di bahagian 'Pesanan Saya' setelah pesanan Anda dihantar.

8.3.      Penghantaran hanya akan diterima oleh individu yang berumur 18 tahun ke atas dengan pengenalan diri yang sah. Bukti penghantaran akan ditandatangani oleh penerima dan salinan bukti tersebut akan diberikan kepada penerima.

8.4.      Sila ambil perhatian bahawa ketetapan yang dinyatakan dalam Klausa 8.3 mesti dipatuhi dengan ketat; kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan penghantaran tidak dapat diteruskan.

8.5.      Setelah pengesahan pesanan Anda, jangka masa penghantaran pesanan Anda adalah dalam tempoh:

8.5.1.              1 – 5 hari bekerja untuk sebelah Malaysia Barat.

8.5.2.              3 – 7 hari bekerja untuk sebelah Malaysia Timur.

8.6.      Jika Swap tidak dapat membekalkan Anda dengan Produk Anda dalam tempoh masa ini, Swap akan menghubungi Anda untuk memaklumkan dan memberikan tarikh penghantaran yang dikemaskini. Sebagai alternatif, Anda boleh menghubungi 1800 228 338 atau memaklumkan dengan menggunakan borang hubungi kami jika Anda ingin membatalkan pesanan Anda.

 

9. Pemulangan & Penggantian

9.1.      Setelah menerima Produk, Anda hendaklah memeriksa Produk tersebut dan menolak penerimaannya jika terdapat sebarang kecacatan yang jelas semasa penghantaran.

9.2.      Ploom Care Team akan menghubungi Anda setelah Swap memaklumkan mereka mengenai penolakan tersebut.

9.3.      Jika Anda gagal berbuat demikian dan bersetuju untuk menerima Produk, Produk yang dihantar akan dianggap diterima. Penerimaan akan dianggap diberikan dalam apa jua keadaan kecuali jika Anda mengemukakan notis kecacatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas penghantaran.

9.4.      Kecacatan yang tidak dapat dikesan semasa pemeriksaan yang betul mesti dilaporkan dengan segera kepada Ploom Care Team selepas dikenalpasti, jika tidak, Produk yang dihantar akan dianggap terima yang membawa maksud penerimaan terhadap kecacatan tersebut

9.5.      Jika produk yang dibeli rosak, pecah, atau tidak betul, JTI boleh menawarkan Anda penggantian atau pemulangan wang seperti yang dinyatakan dalam Klausa 10.3 di bawah, yang tertakluk kepada Waranti Produk Ploom. Ini terpakai kepada semua peranti Ploom yang dijual di semua saluran di Malaysia.

9.6.      Semua peranti Ploom layak untuk hak penarikan semula selama 30 hari dari tarikh pembelian (tarikh penghantaran untuk pembelian Ploom.my) jika Anda berubah fikiran dan ingin memulangkan peranti serta mendapatkan bayaran balik. Sebarang permintaan selepas 30 hari tidak akan menerima bayaran balik.

9.7.      Produk yang rosak disebabkan oleh kemerosotan yang biasa atau kerosakan akibat penyalahgunaan tidak akan digantikan secara percuma dan tiada bayaran balik akan diberikan.

9.8.      Sila hubungi Ploom Care Team di 1800 228 338 jika Anda ingin memulakan penggantian atau pemulangan berdasarkan perkara di atas. Walau bagaimanapun, JTI berhak untuk menerima atau menolak permintaan Anda, sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

9.9.      Semasa menggantikan atau memulangkan sesuatu Produk, Ploom Care Team mungkin akan meminta Anda untuk memulangkan Produk fizikal melalui pengambilan atau penghantaran, dan arahan akan diberikan dengan sewajarnya. Anda juga mungkin diminta untuk memberikan butiran peribadi seperti alamat pengambilan untuk pemulangan.

9.10.   Sebarang kos yang berkaitan dengan penggantian Produk rosak akan ditanggung oleh JTI. Ini termasuk kos penghantaran balik Produk.

 

10. Pemulangan

10.1. Anda berhak mendapat bayaran balik dalam situasi berikut:

i. Bayaran balik akibat Produk yang rosak, cacat atau tidak betul.

ii. Bayaran balik akibat ketidakmampuan untuk memenuhi pesanan.

iii. Bayaran balik akibat penarikan semula.

10.2.  Bayaran balik akibat Produk yang rosak, cacat atau tidak betul.

a)   Anda berhadapan dengan senario seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9.5 di atas, Anda berhak untuk mendapatkan bayaran balik tertakluk kepada Terma yang terkandung di sini.

b)   Untuk mendapatkan bayaran balik, Anda dikehendaki melaporkan aduan Anda kepada Ploom Care Team di 1800-228-338. Setelah aduan tersebut disahkan, JTI akan mengarahkan Swap untuk mengambil produk yang rosak bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan.

c)    Anda hanya akan dibayar balik setelah JTI menerima pengesahan daripada Swap mengenai keadaan Produk tersebut.

d)   Sekiranya JTI menolak aduan tersebut, tiada penggantian atau bayaran balik akan diberikan kepada Anda

10.3.  Bayaran balik akibat ketidakmampuan untuk memenuhi pesanan.

a)     Berikut adalah keadaan-keadaan di mana Swap tidak dapat memenuhi pesanan Anda:

                                 i.    di mana Produk tidak lagi tersedia,

                                ii.    di mana Produk kehabisan stok,

                               iii.    di mana Anda gagal dalam proses pengesahan umur,

                               iv.    di mana pesanan Anda melebihi nilai pesanan maksimum;

                                v.    di mana terdapat ralat dalam harga atau keterangan Produk;

                               vi.    di mana Swap tidak dapat memenuhi pesanan berdasarkan permintaan yang dibuat oleh Anda seperti tarikh dan tempat penghantaran

b)   Sekiranya pesanan Anda jatuh di bawah keadaan yang dinyatakan dalam (a)(i) hingga (a)(vi), Anda berhak untuk mendapat bayaran balik.

c)    Ploom Care Team akan menghubungi Anda untuk memaklumkan tentang perkara ini dan memproses bayaran balik Anda.

10.4.  Bayaran balik akibat penarikan semula.

a)     Seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9.6, semua Produk dalam rangkaian Ploom layak untuk hak penarikan semula selama 30 hari sekiranya Anda berubah fikiran. Ini membolehkan Anda berhak menerima bayaran balik.

b)     Ambil perhatian bahawa hak ini hanya terpakai sekiranya Anda memulangkan Produk dalam tempoh 30 hari dari tarikh penghantaran Produk. Sebarang permintaan selepas 30 hari tidak layak untuk bayaran balik.

10.5.  Sebarang bayaran balik yang disebutkan di sini mungkin akan dibuat melalui kaedah pembayaran yang sama (kaedah pembayaran asal) yang digunakan oleh Anda semasa membeli Produk, secepat mungkin.

10.6.  Jika kaedah pembayaran yang Anda gunakan telah tamat tempoh dalam tempoh tersebut, Ploom Care Team akan menghubungi Anda untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi menguruskan bayaran balik Anda.

10.7.  Untuk pembelian yang dibuat di saluran lain, bayaran balik akan dilakukan melalui Pemindahan Bank dan Ploom Care Team akan meminta maklumat bank Anda setelah permohonan diluluskan.

10.8.  PERHATIAN: bayaran balik boleh mengambil masa sehingga 30 hari bekerja untuk diproses sepenuhnya, walaupun tempoh ini mungkin berbeza bergantung kepada penyedia perbankan Anda. Produk yang dipulangkan oleh Anda tidak lagi menjadi milik Anda. Sebarang hak untuk pembatalan atau pengurangan harga adalah dikecualikan.

10.9.  Anda mengakui dan bersetuju bahawa setelah bayaran balik tersebut dibuat, Anda tidak akan mempunyai sebarang hak atau tuntutan lanjutan terhadap Swap berhubung bayaran balik tersebut.

 

11. Waranti Produk

11.1.  JTI menawarkan waranti Produk selama 12 bulan untuk semua Produk yang dibeli secara langsung daripada mana-mana saluran jualan rasmi Ploom di atas talian dan di luar talian di Malaysia. Waranti ini akan bermula dari tarikh penghantaran Produk (“Tempoh Waranti”).

11.2.  Maklumat lanjut mengenai waranti Produk boleh didapati di sini.

11.3.  Sila hubungi Ploom Care Team di 1800-228-338 untuk membuat tuntutan waranti.

 

12. Harta Intelek

12.1.   Semua Hak Harta Intelek ke atas Produk, sama ada paten, cap dagang, tanda perkhidmatan, hak reka bentuk (boleh didaftarkan atau tidak), permohonan bagi mana-mana perkara di atas, hak cipta, pengetahuan, nama perdagangan atau perniagaan dan apa-apa hak atau kewajipan serupa di mana-mana negara (boleh didaftarkan atau tidak) yang berkaitan dengan Terma ini akan kekal sebagai milik JTI. Anda berjanji untuk tidak mengganggu atau mengurangkan, sama ada melalui tindakan atau peninggalan, hak milik dan kepentingan Swap yang dinyatakan di sini.

 

13. Had Liabiliti & Ganti Rugi

13.1.   Semua liabiliti dan pampasan untuk kerosakan, termasuk kerosakan tidak langsung atau kerosakan pihak ketiga yang berkaitan dengan Produk adalah dikecualikan sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Secara khusus, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang, tiada jaminan, liabiliti atau pampasan akan diterima bagi sebarang jenis kerosakan yang berpunca daripada ketidakmampuan untuk menghantar atau penghantaran lewat, pemberian alamat penghantaran yang tidak tepat atau kecurian atau kejadian lain yang berkaitan dengan penghantaran Produk.

 

14. Force Majeure

14.1.   Sekiranya pelaksanaan Terma ini atau sebarang kewajipan di bawah Terma ini terhalang, terhad, atau diganggu disebabkan oleh kejadian luar biasa seperti bencana alam, tindakan pihak berkuasa kerajaan, rusuhan, revolusi, banjir, kebakaran, pandemik, serangan pengganas, sabotaj, perang, kelewatan komunikasi, atau sebab lain yang berada di luar kawalan wajar pihak-pihak yang terlibat (“Force Majeure”), Swap dikecualikan dari melaksanakan tanggungjawab sepanjang tempoh Force Majeure brterusan, dengan syarat pihak yang terjejas akan, secepat mungkin, meneruskan pelaksanaan tanggungjawab di bawah Terma ini setelah sebab-sebab ketidakupayaan untuk melaksanakan tersebut telah diatasi.

14.2.   Sekiranya berlaku Force Majeure, Swap hendaklah memaklumkan kepada Anda secara bertulis secepat yang mungkin.

 

15. Kerahsiaan

15.1.   Anda hendaklah menjaga kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan Anda serta bertanggungjawab untuk menghadkan akses ke komputer dan Akaun Ploom Anda. Semua aktiviti yang berlaku di bawah Akaun Ploom Anda termasuk penggunaan nama pengguna atau kata laluan Anda adalah tanggungjawab Anda sepenuhnya.

 

16. Undang – Undang yang Berkuatkuasa

16.1.   Terma-terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan di bawah bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

 

17. Bahasa

17.1.   Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu bagi Terma-terma ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan/atau digunapakai.

 

18. Notis

18.1.   Sebarang notis atau komunikasi boleh diberikan oleh Swap kepada Anda melalui mana-mana cara seperti berikut: -

a)     dengan menghantar notis tersebut melalui kurier atau serahan tangan ke alamat terakhir yang diketahui oleh Swap dalam rekod mereka, yang akan dianggap diterima atau disampaikan kepada Anda pada tarikh penghantaran;

b)     dengan menyiarkan notis di Laman Web;

c)     dengan menghantar notis kepada Anda melalui pos biasa atau pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui sebagaimana di dalam rekod Swap, yang akan dianggap diterima atau disampaikan kepada Anda tiga (3) hari selepas tarikh pengeposan notis kepada Anda melalui pos biasa atau pos berdaftar;

d)     dengan menghantar notis melalui perkhidmatan pesanan ringkas, mel suara, mesej elektronik atau emel ke nombor telefon mudah alih atau alamat emel Anda, yang akan dianggap diterima atau disampaikan kepada Anda setelah penghantaran selesai;

e)     dengan menghubungi dan/atau memaklumkan kepada Anda melalui telefon di nombor telefon Anda yang terdapat dalam rekod Swap, yang akan dianggap diterima atau disampaikan kepada Anda sebaik sahaja panggilan telefon selesai;

f)      dengan mana-mana cara lain yang dianggap sesuai oleh Swap.

18.2.   Semua notis atau komunikasi yang diberikan oleh Anda kepada Swap akan dianggap telah diterima oleh Swap pada waktu penerimaan sebenar oleh Swap.

 

19. Hubungi Kami

19.1.   Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma-terma ini, sila hubungi Ploom Care Team kami di 1800-228-338 atau hubungi kami melalui borang Hubungi Kami.

 

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Syarat Jualan ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.